Jejak langkah Azlan, seorang Sapotpreneur beraspirasi tinggi.


Muhammad Azlan Shah merupakan salah seorang Sapotpreneur yang memanfaatkan bantuan dana Sapot untuk perniagaan pertaniannya. Beliau merupakan seorang graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan kini merupakan seorang usahawan muda agro.

“Saya berhasrat untuk mengembangkan perniagaan saya dengan mencipta produk sendiri buatan tempatan.”

Muhammad Azlan Shah, Sapotpreneur

Kini berusia 30 tahun, beliau tidak pernah berputus asa dalam menjayakan perniagaannya meskipun menghadapi rintangan yang hebat kesan daripada COVID19. Kami telah berpeluang untuk mengenali Azlan dan perusahaan beliau; Asia Agro Services & Consultation.

SAPOT : Bilakah Azlan mula menceburi dan memulakan perniagaan?

Azlan : Perniagaan saya ditubuhkan pada 7 Oktober 2021, ketika era COVID-19.

SAPOT : Apakah faktor utama yang mempengaruhi keputusan Azlan untuk menceburi perniagaan ini?

Azlan :  Saya berkemahiran dalam bidang pertanian sejak zaman universiti semasa di UPM. Saya percaya bahawa potensi dalam bidang pertanian ini sangat luas. Selain itu, perniagaan dalam bidang pertanian ini mempunyai daya saing yang lebih tinggi walaupun dalam keadaan sukar.

SAPOT : Apakah produk atau servis yang Asia Agro Services & Consultation tawarkan?

Azlan : Syarikat saya menawarkan khidmat rundingan persijilan pertanian dan pembekalan peralatan dan input pertanian. 

SAPOT : Apakah antara cabaran terhebat yang pernah Azlan lalui sepanjang Asia Agro Services & Consultation ditubuhkan?

Azlan :  COVID19 adalah antara cabaran terhebat yang pernah syarikat saya lalui sepanjang penubuhannya. Ini kerana kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan Akta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), oleh yang demikian, syarikat kami tidak dapat beroperasi dalam kapasiti penuh.

SAPOT : Apakah antara faktor yang menggalakkan Azlan untuk meneruskan perniagaan walaupun berada dalam keadaan sukar?

Azlan : Saya mendapat sambutan yang baik daripada kalangan pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat rundingan dan pembekalan peralatan pertanian. Ini menjadi suatu galakan untuk saya terus mengembangkan perniagaan saya.

SAPOT : Bagaimanakah Azlan mengetahui tentang platform Sapot?

Azlan : Saya mula mengetahui tentang platform Sapot ini daripada salah seorang rakan yang mengsyorkan saya untuk mendaftar perniagaan saya di Sapot.

SAPOT : Bagaimanakah bantuan Sapot membantu Asia Agro Services & Consultation?

Azlan : Bantuan dana Sapot telah membantu saya untuk membeli barangan keperluan seperti GPS Garmin yang digunakan untuk tujuan tinjauan di ladang pertanian.

SAPOT : Adakah bantuan tersebut memberi sebarang impak positif kepada perniagaan Azlan?

Azlan : Ya, bantuan dana tersebut telah memudahkan operasi tinjauan saya di ladang, sekaligus memberi keyakinan yang lebih tinggi kepada para pelanggan untuk berurusan dengan kami.

SAPOT : Apakah visi Asia Agro Services & Consultation bagi langkah seterusnya?

Azlan : InshaAllah, saya ingin mengembangkan lagi perniagaan saya ke peringkat seterusnya dengan mencipta produk sendiri buatan tempatan. Dengan harapan, ini juga akan meningkatkan status perniagaan tempatan ke peringkat antarabangsa suatu hari nanti.


Terima kasih Azlan kerana sudi meluangkan masa bersama kami dalam menjayakan temuduga ringkas ini. Kami berharap agar perniagaan Azlan terus maju dan dapat mencapai segala aspirasi dan matlamat bagi perniagaan Azlan.

Banyak perniagaan tempatan mempunyai potensi yang besar untuk berjaya, namun kurangnya hebahan daripada institusi yang terlibat menyebabkan perniagaan tempatan kurang bersinar. Seperti Azlan, peniaga tempatan harus sentiasa kekal cekal, dan memiliki aspirasi yang besar dalam terus mengembangkan industri yang diceburi dan perniagaan itu sendiri.

Bantuan dana seperti Sapot sedikit sebanyak membantu perniagaan yang memerlukannya. Jika anda merupakan salah seorang usahawan yang memerlukan bantuan, mari daftarkan perniagaan anda di platform Sapot dan kita bina komuniti bersama!


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *